Sunday 16 September 2007

Dulu . . . Kini . . . Selamanya. . .

Dulu,
aku rasa aku sudah cukup baik,
anak yang baik, tak tinggal solat, puasa, pakai tudung.

Namun, suatu hari . . .
aku duduk di meja dan berfikir,
aku tertanya-tanya hakikat penciptaan diri ini,
Kenapa ya Allah swt ciptakan aku?
Takkan hanya untuk belajar, berkawan & bergembira; happy go lucky je...

Aku tidaklah sehebat para sahabat,
jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan ummul mukminin!
Jadi kenapa ya? Kenapa Dia ciptakan aku?
Hurm...kan aku bakal menjadi seorang guru,
so itulah tujuan-Nya!
Mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna!
Nanti, apabila dah ada family sendiri,
aku mesti jadi isteri dan ibu yang baik.
Betul tak? Betul la kan?

Namun, aku tak puas hati...
Takkanlah itu je tujuan-Nya..
Mesti ada lagi!
Maka, aku pun berkelana dengan satu tujuan:
MENCARI HAKIKAT PENCIPTAAN DIRI.


Kini,
aku dah dapat jawapannya.
Jawapan yang cukup memuaskan hati.
Jawapan yang amat menenangkan jiwa.
I'm more than just a teacher!
I'm more than just a good wife and mother!


"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia)..." (Al-Baqarah: 143)

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Ali 'Imran: 110)



Selamanya,
selagi diri ini masih bernafas,
akan aku laksanakan tanggungjawab itu,
akan aku pikul amanah-Mu,
akan aku teruskan perjuanganku ini,
walau badai apa sekalipun yang melanda,
kerana aku tahu,
ITULAH HAKIKAT PENCIPTAAN DIRI INI...





"
Dan Dia mendapati engkau tercari-cari jalan yang benar, lalu Dia memberikan petunjuk." (Al-Duha: 7)




10 comments:

Miss Aini said...

a journey that will never end.

Anonymous said...

best.. short and simple..:-)
ayat 7 dr surat ad-dhuha very much related to your sajak ni..

i used to think the same.. jadi cikgu..isteri..ibu..NOW.. i realised life is simply more than that..

insyaAllah, semoga kiter sentiasa tabat di jalan-Nya

Mohd Faiz Bin Mohd Lazim said...

masih banyak lopong2 diri yg perlu dibaiki.. mecuci debu2 yang mengotori kaca hati.. mengaburi pancaindera.. semoga dapat menjauhi nafsu kebinatangan.. nafsu ammarah.. menuju ke arah jiwa yang tenang.. nafsu mutmainnah..

masih jauh ranjau perlu dilalui.. datang ujian demi ujian.. yang perlu ditepis kiri dan kanan.. tanpaMu bantuanMu.. tiada diri ini.. terus hanyut.. pimpinlah diri ini.. supaya dapat terus sujud.. hanya kepadaMu.. jauh dari segala syirik khofi.. yang tidak disedari..

masih banyak perkara yang perlu dicapai.. semoga sentiasa berada di atas jalanMu yang lurus.. jalan yang dilalui insan2 yang telah berjaya.. jalan yang hanya untuk satu tujuan.. untuk menuju ke arahMu..

Berikanku kekuatan..

huhuhu..
(ade x mcm a.samad said?)

.:. Syafwah .:. said...

Better than a.samad said!!!
Love it...
It motivates me to improve myself harder for His sake,insya Allah...

Shahieda said...

and terasa hidup bru benar2 bermula..
tinggallah masa gelapku..
Ya Allah, tunjukkan kami jalan lurusMU

Anonymous said...

Terus mencari hakikat wujudnya kita...

Makin dicari makin kita sedar.. makin terasa kerdil.. makin terlihat tugas.. makin berat cabaran.. makin tinggi harapan.. makin.. makin.. makin..

Mungkin itulah rahsia amalan memperbaharui iman dengan mengucapkan la ila ha illallah sepertimana yang baginda SAW ajarkan..

Akui keEsaan dan KeKUASAanNya dan akui lemah dan kerdilnya kita..

Wah future teacher eh.. sebuah tugas yang teramat sangat mulia..

Salam kenal dari saya.. Nice blog.. :)

Anonymous said...

moga hidayah ini milik kita selamanya..kene usaha ke arah itu ya..
sbb
Allah pilih sape y Dia mahu bagi hidayah dan disesatkan..T_T

jgn tggalkn kami ya Allah

ILHAM HAMDANI said...

anak yang baik, anak yang membahagiakan ibu-bapanya!

.:. Syafwah .:. said...

Insya Allah...amiin.

awan said...

Wahai pemuda Islam! Tidakkah pernah kau gunakan kebijaksanaanmu..
Dari langit manakah dikau jatuh wahai bintang kejora?

Bangsa itu telah mendidikmu kasih sayangnya…
Yang mana kakinya menjatuhkan mahkota kepala Darius…

Pencipta tamadun jua Pembina aturan urusan dunia…
Adalah gurun Arab, buaian penunggang unta…

Empayar al-Faqru fakhra gah pada kemuncak kuasa yang wujud..
“Mengapa perlu wajah yang indah dambakan pencantikan dan perhiasan?”

Walau dalam faqir hamba Tuhan itu bercita tinggi..
Si mewah tak terlari sedekah dari ketakutan pengemis..

Ringkas kuukir madah siapakah musafir mundur itu…
Merekalah penakluk dunia, pemerintahnya, pengurusnya, pemeriahnya..

Jika kulampir gambar mereka dalam kata-kata semampuku..
Tak terjangkau suasana itu dalam faham bayanganmu…

Dikau tak tersambung hubung dengan mereka..
Dikau pemborak, mereka pelaksana, dikau bintang mereka buruj…

Kita baziri warisan dari moyang..
Langit telah menghempas kita dari galaksi ke bumi….

Mengapa kita tangisi pada hebat kuasa kerna ia fana’…
Sungguh tiada ia lari dari sunnah dunia…

Tapi mutiara hikmah itu, kitab ilmu moyang kita…
Melihatnya di Eropah hati beretakan tersewa…

Wahai Ghani! Saksikanlah zaman gelap nabi Kan’an…
Kerna cahaya dua matanya menerangi mata Zulaykha…

(puisi tulisan Iqbal meluahkan kesedihan kejatuhan Islam. Merincikan punca kejatuhan adalah jauh dari kefahaman golongan Islam dahulu)