Tuesday 29 January 2008

Saya dah kembali (' ',) - My reflection of the travel

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah...selamat kembali ke U. Lama betul saya travel. 20 days of non-stop travelling! I won't call a 20 day of travelling as vacation, because I didn't stop walking and walking and walking! Tak pernah dibuat sepanjang hidup saya! Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang pada saat-saat akhir perjalanan, semuanya dapat ditangani dengan cekal, Alhamdulillah for the strength and perseverance that He has given us.

The journey really made me realised that I have to be really really and very very thankful that I am a Muslim. It also made me realised that I have a big responsibility to spread the teaching of Islam.

Saya amat bersyukur kerana dikurniakan Allah swt rezeki yang cukup untuk pergi ke negara-negara tersebut. Hurm..banyak ilmu yang saya dapat daripada perjalanan saya. Adopt and adapt to the different surroundings tu macam biasa la, rasanya semua orang pun belajar benda ni apabila berkelana.

Rasanya cukup setakat ni dulu. Saya ketandusan idea, huhu....

Tuesday 8 January 2008

A.w.a.y.

Assalamu'alaikum...

Just nk inform yg saya akan 'berkelana' hingga 27hb Januari ini. Doakan agar saya sentiasa dilindungi Allah swt setiap masa ya. I am very nervous as I never has been away this long! May He make all things easier for all of us, and hopefully this travel is a beneficial to me, ameen.

Thursday 3 January 2008

Love that has been taken for granted ...

Assalamu'alaikum wbt ...

Wah...dah lama betul tak menulis! Alhamdulillah kali ni dapat jugak meluangkan sedikit masa untuk share something di sini. Been really busy with work and house cleaning. Alhamdullilah, jadual harian dah agak free sekarang... Alhamdulillah.

Sebenarnya banyak benda yang nak dikongsi di sini. Terlalu banyak. Maybe the organization of my writing this time will be a bit hay-wired, but Insya Allah, I try to make my points crystal clear.

Bulan lepas, saya berdiskusi dengan seorang kawan yang merupakan pengikut ajaran Kristian (Protestant) yang taat. Banyak yang kami bincangkan selama lebih kurang 4 jam tu. Apa yang nak dikongsikan di sini bukanlah betapa benarnya ajaran Islam yang kita anuti (sebab kita sudah sedia tahu yang kita di jalan yang benar), tapi betapa intimnya dan dalamnya cinta beliau terhadap Tuhan yang dipercayainya. Kedalaman kasih beliau terhadap Tuhannya membuatkan saya merefleksi diri ini. Saya mempercayai Allah swt. And I know and truly believe that He is the One that we need to serve. Sahabat tersebut membuatkan saya berfikir tentang suatu persoalan:

Sejauh mana saya mencintai Tuhan saya?


Persoalan itu benar-benar menghantui diri ini. Saya tak dapat tidur lena. I kept thinking about it. Saya benar-benar tersentak. Saya sentiasa berdoa agar Allah swt memberi jawapan kepada saya. I found myself in a journey to really find myself again. And alhamdulillah, ketika saya berjalan kaki menuju ke tempat kerja, saya mendapat jawapan kepada soalan tersebut.

All this while, I have taken His love for granted. I am not saying that I am a bad servant of his, it is just that I didn't realize the existence of His love in my life. Saya membandingkan diri saya dengan sahabat itu. Saya sepatutnya rasa lebih daripada apa yang beliau rasa, kerana Tuhan saya adalah yang benar. Memang saya telah berubah ke arah yang lebih baik, cuma, jauh dalam hati saya, saya sedar ada sesuatu yang kurang selepas berdiskusi dengan beliau. LOVE.

Saya yakin semua orang selalu mengatakan Allah sayangkan kita. Kita dapat hidayah kerana kita adalah antara yang terpilih etc etc etc. But above all, it is because He loves us. Saya tahu semua orang selalu dengar ungkapan tersebut, tapi sejauh mana kita benar-benar merasai dalamnya kasih-Nya kepada kita? Sebagai contoh, seseorang Muslim yang telah mendapat hidayah dan mula menyedari hakikat penciptaan dirinya akan mula berubah untuk menjadi hamba yang lebih baik demi mendapat balasan yang baik di sana nanti. Beliau akan mula memperbanyakkan amal ibadat, menambah kebaikan, memperelok cara pemakaian, join usrah, berdakwah, menjadi da'ie dan sebagainya, tetapi, mungkin beliau masih tidak menyedari betapa dalamnya kasih Allah terhadap dirinya. It is not that bad, but it will be much, much and way better if he/she really feels His love in every second that he/she takes.

Kesedaran ini sungguh meresap dalam diri saya. Saya rasa amat malu dan berdosa kerana saya sedar bahawa diri ini tidak mampu untuk membalas cinta dan kasih-Nya. Every breath that I take is because He loves me. Everything that had, has and will happen is because He loves me. Kalau kita terdengar kisah cinta sesorang yang bertepuk sebelah tangan, contohnya kisah seorang isteri yang berkahwin dengan seorang lelaki yang amat baik (hot stuff la konon-kononnya). Sayangnya, si suami, walaupun seorang yang amat bertanggung jawab, tidak mencintai si isteri sebagaimana si isteri mencintai si suami. Si suami lebih mencintai orang lain dan benda lain (kereta/laptop/etc). Kemungkinan besar kita merasa kasihan dengan si isteri. Tapi, dalam kehidupan seharian kita, kita tidak sedar yang kita juga selalu memperlakukan Allah swt sedemikian rupa. Oh no!!!!
Astagfirullah hal'azim (T_T)

To feel His love is, I believe, is the REAL OBLIGATION of every one who thinks he/she is a believer. Kita mesti menyedari dan merasai betapa dalamnya Allah sayang pada kita supaya kita sedar betapa kita selalu alpa untuk menyayangi-Nya setiap saat. As much as our mom loves us Allah swt loves us 1000 times more as He is the One who provides EVERYTHING for us. Tanpa kesedaran, kita tidak akan sedar. Kita tidak akan dapat merasai betapa manisnya cinta Ilahi, betapa nikmatnya bergelar seorang muslim. Dengan kesedaran itu, amal ibadat akan menjadi lebih bermakna kerana niat beribadat bukan lagi untuk mendapat balasan syurga semata-mata, tetapi untuk membalas cinta seorang Pencinta yang paling & sangat agung...

There is something that is too much, but it is priceless.
But sadly, we always take it for granted.

Tak kenal, maka tak cinta.