Thursday 25 October 2007

Pengharapan Agung



Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu? Yang memberatkan tanggunganmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap. (Al-Inshirah: 1-8)


Assalamu'alaikum semua...


Maaflah bagi sesiapa yang menanti penulisan saya yang terbaru. Kekeringan idea, kekusutan fikiran, kelemahan iman & kekacauan duniawi melanda. Namun, Alhamdulillah, Dia masih mengurniakan saya kekuatan & will power to pull myself back together again, Alhamdulillah...

Ok..now, how should I start? Cam diari lah ekk..senang sket..


7hb Oktober 2007
Hati ni terasa tak keruan sangat sebab parents kat Malaysia tak pos lagi barang/baju raya. Kawan-kawan lain semua dah gembira dengan parcel Malaysia diorang. Diri ni hanya boleh menumpang gembira. Dalam hati, rasa cemburu menikam..ai..when is mine will be with me???


9hb Oktober 2007
Panggilan dibuat kepada ibu tersayang. Barang baru dipos hari ni. Harap-harap sampai la sebelum raya...


12hb Oktober 2007
Hari ni hari Raya Aidilfitri. Kelas sampai petang pula tu. Barang tak sampai lagi. Sedih, tapi tak layan sangat sebab tak mengeruhkan hari yang mulia ni. So penantian diteruskan dengan sabar dan kerisauan yang sarat.


15 hb Oktober 2007
Parcel ke Malaysia dihantar kepada seseorang. Dah janji, jadi perlu ditepati. Risau juga barang tersebut tak sampai kepada penerimanya sebab barang yang dihantar sangat berharga. Namun, segalanya diserah pada Yang Esa.


23hb Oktober 2007
Hati ni dah tak tertanggung derita menanti. Banyak benda yang ditunggu masih lagi ditunggu (parcel raya, peti ais rumah dan 2 barang yang dibeli online). Hati berdoa bersungguh-sungguh pd-Nya, mengharap hati ini ditenangkan oleh-Nya yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya. Diserahkan & dicurahkan segala-segalanya pada-Nya. Sungguh, hanya Dia mengetahui betapa saya tidak suka menunggu.

Kemudian , ketika tengah sibuk menghadap laptop, terdengar bunyi lori di depan rumah. Alhamdulillah! Peti ais rumah baru dah sampai! And it is big! Hati sangat gembira.Kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Tiba-tiba, terdetik di hati ingin menjenguk Porter's Lodge, kot-kot la barang yang ditunggu dah sampai. Dan Alhamdulillah sekali lagi, semua barang dah sampai. Penuh tangan mengangkat semuanya. Syukur sungguh pada-Nya yang Maha Pengasih.


25hb Oktober 2007
Barang yang dihantar ke Malaysia masih tidak kunjung tiba. Hati risau, tapi, sekali lagi, diserahkan segalanya pada Allah swt. Hati ini tak henti-henti berdoa agar ia selamat sampai kepada penerimanya. 5 jam kemudian, SMS diterima daripada penerima di Malaysia, memberitahu barang tersebut sudah sampai di Pejabat Pos daerah. Hati ini mengucapkan syukur pada-Nya, syukur yang tak terhingga...
Alhamdulillah....
________________________________________________________________________________________

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman menunggu ini. Mungkin bagi sesetengah pihak, they view this as coincidence. But for me, this amazing experience of waiting teaches a lot of meaningful lessons, which are:
  1. Bersabar dengan segala ujian dan cabaran. Ujian adalah cara Allah untuk mengajar kita hidup di muka bumi ini dan untuk membaiki diri menjadi yang lebih baik.
  2. Pasrah @ redha dengan segala ketentuan-Nya, because He who knows everything, knows what is best for you. Setiap apa yang terjadi pada diri kita, be it happy and sad things, they are the best for us. Jadi jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang pada mata kasar kita lebih beruntung/bernasib baik.
  3. Pengharapan hanyalah pada-Nya yang lebih berkuasa. Kuasa-Nya mengatasi segala-galanya, contoh dlm kes saya, Kuasa-Nya lebih dari kuasa strike dan posmen.

Antara tiga pengajaran di atas, yang paling berkesan di hati saya ialah yang ketiga. Sungguh, hidup ini, kita seharusnya mengharap kepada-Nya. At most of times, kita mungkin tak sedar di mana kita letakkan pengharapan kita, mungkin pada cleaner, posmen, pensyarah dsb. Mari sama-sama pastikan pengharapan agung kita dalam setiap aspek kehidupan bermula dari mata celik hingga pejam buat selama-lamanya; adalah pada ALLAH SWT. So, selalulah beringat dan muhasabah setiap masa, bukan hanya sebelum tidur sahaja...

Thursday 11 October 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamu'alaikum semua . . .

Ramadhan sudah pun berakhir. Perasaan saya bercampur-baur. Sedih meninggalkan bulan mulia ini. Sayu kerana tiada lagi solat terawih hingga Ramadhan next year. Menyesal kerana tidak merasakan bulan ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Takut untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya kerana syaitan-syaitan telas bebas. Gembira kerana berjaya melalui bulan mulia ini & dapat menyambut raya di perantauan buat pertama kali.

Kami semua di Plymouth benar-benar yakin raya adalah pada Sabtu, 13 Okt 07. Tengok-tengok jatuh pada hari Jumaat! Macam tak percaya! Sudahlah kami ada kelas sampai ke petang (T_T) Sedih & frust betul . . . Semua pun macam tak bersemangat menyambut raya. Tapi pada keesokan harinya, semua berwajah ceria. Kunjung mengunjung pun bermula. Memang meriah. Namun masih tidak sama dengan sambutan di tanah air sendiri bersama keluarga tercinta. But for me, I love it. It's a meaningful experience; menyambut Aidilfitri di perantauan bersama rakan-rakan. Persiapan raya pun semuanya dibuat sendiri. Kena masak itu, kena buat ini dan macam-macam lagi. Kini baru terasa betapa penatnya ibu apabila raya menjelma. Now only I appreciate all of her hard work! Thanks ibu! (T_T)

Well, Ramadhan is over. Skrg ni kembali lah kita semula kepada fitrah kebiasaan di luar Ramadhan. Adakah kita kini mampu berteguh mempertahan & istiqamah dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang kita amalkan pada bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanya iman.

Monday 1 October 2007

M.A.L.U.

Apabila berbicara tentang malu, pelbagai tafsiran yang muncul di minda kita semua. Malu blushing, tersipu-sipu dan sebagainya. Daripada segi bahasa/literal, malu bermaksud menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif, khususnya pada diri sendiri, dan umumnya pada keluarga atau masyarakat sekeliling.

How about from the perspective of ISLAM?

Malu dalam ISLAM bukanlah malu tersipu-sipu atau blushing, tetapi ia adalah suatu akhlak mulia yang sentiasa menjadikan seorang hamba Allah itu sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang dan sentiasa mengelakkan diri daripada alpa menunaikan tanggungjawab kepada pihak yang berhak ke atasnya. Contohnya, katakanlah kita bekerja sebagai setiausaha eksekutif di sebuah syarikat perniagaan terkemuka dunia, Samsung. Sedar dengan tanggungjawab yang diamanahkan, kita semestinya sedar yang kita harus melaksanakan tanggungjawab itu bersungguh-sungguh. Ye la...kang nanti malu la CEO dan pemegang saham syarikat tu!

Baik, sekarang kita kembali semula ke alam nyata, bukan lagi di Samsung. So, siapa kita sebenarnya? Betul, hamba Allah. Dan siapa tuan empunya kita? Betul!! ALLAH SWT. Jadi ada atau tidak rasa malu apabila kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita dengan bersungguh-sungguh? Jika kita malu apabila tanggungjawab terhadap manusia tidak dapat dilaksanakan dengai sehabis baik, bagaimana pula dengan perlaksanaan tanggungjawab kepada Dia yang lebih Agung?

Konsep malu seharusnya diaplikasikan dalam setiap aspek kehidupan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah@Muslim/Muslimah. Kita malu apabila beribadat kerana mengenangkan dosa-dosa lalu (kelalaian dalam menjaga amal); malu apabila menikmati rezeki (kerana terlalu banyak nikmat yang diberi oleh-Nya, tetapi terlalu sedikit penglahiran syukur, eg. ibadah-ibadah sunat yang dilakukan) dan banyak lagi. Tapi dalam penulisan saya ini, saya ingin fokus kepada malu dalam aspek penjagaan deria, penjagaan aurat dan penjagaan hubungan.


1. MALU: PENJAGAAN DERIA

Deria saya definasikan di sini sebagai pancaindera utama yang menyumbang kepada kebanyakan dosa-dosa besar (mata, lidah, hati & kehormatan). Mengapa mata, lidah, hati & kehormatan? Tuntutan menjaga mata & kehormatan telah jelas dalam firman Allah swt yang panjang lebar dalam surah An Nur ayat 30 & 31 (boleh rujuk sendiri; bg yang tiada tafsir, boleh rujuk di link Al-Qur'an dgn terjemahan di blog ini). Untuk penjagaan lidah & hati pula, kita boleh ambil pengajaran daripada Surah Al-Hujurat, ayat 12; dan surah Al-Humazah serta hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekeliannya. Ketahuilah! Itulah hati"(Riwayat Bukhari dan Muslim). Daripada ayat-ayat & hadis tersebut, jelas kita perlu memelihara hati kita daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan mengumpat.

Jadi, bagaimana kita mahu memelihara deria-deria tersebut? I believe that by always remember that He the One that we can't see, SEES & HEARS ALL. Dengan merasakan ini setiap saat, pasti hati berjiwa hamba ini merasa gerun dan malu untuk membuat sesuatu yang telah jelas dilarang oleh Pemilik jiwa. For easier illustration, katalah kononnya kita admire betul ngn
mamat/minah Syria yang hensem/lawa yang baru tiba di universiti kita beberapa hari lepas. Confirm kita sentiasa jaga tutur kata & tingkah laku supaya dia tertarik hati dengan kita. Di belakangnya pun kita seboleh-bolehnya jaga diri kita agar tiada benda kurang elok didengarinya. So, lebih kuranglah hubungan kita dengan Allah swt. Apatah lagi Dia Maha Melihat & Maha Mendengar! Lainlah kalau kita tak berapa cintakan Al-Khaliq kita, because then we couldn't care much, right?


2. MALU: PENJAGAAN AURAT

Aurat. Apakah aurat? I believe that I don't have to explain as I'm confident that all of us know what aurat is. Kita semua, baik yang menutup aurat ataupun tak, semua pakar tentang aurat. Aurat lelaki macam ni, perempuan macam ni. Kena pakai macam ni, tak boleh pakai macam tu. Tapi itulah, umat sekarang, umat yg hidup di zaman akhir, bak kata Rasulullah tentang dua ahli neraka yang baginda tidak pernah lihat yang salah satunya: "...Dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan dengan bergaya melengang-lenggok, kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk Jannah dan tidak akan mencium baunya...." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Mengapa kita diperintahkan agar menutup aurat? Sekali lagi, rujuk Surah An-Nur, ayat 30 & 31 dan juga hadis di atas tadi. Lagipun, aurat itu melambangkan maruah sesorang, lebih-lebih lagi wanita kerana wanita memang indah ciptaan-Nya. Tidaklah bermaruah sesorang wanita itu jika dia tak menutup aurat, sebab dia menjadikan dirinya sebagai tontonan awam, ala-ala free show gitu. I wanto to stress here to all my beloved sisters, tutup aurat bukanlah sekadar memakai tudung, tapi yang lain2 pun hendaklah 'ditudungkan' jugak. Tak nak la tudung dah elok tutup dada, tapi yang lain-lain tersembul sana, terdedah sini, mengganggu pandangan! Kalau makanan kita nak yang elok tertutup, nak beli baju, nak yang bersih, tak nak yang kotor dah disentuh orang, nak beli buku atau apa kat kaunter, nak yang tersorok kat belakang-belakang kaunter/rak tu. Jadi mengapa tidak kita lakukan begini terhadap tubuh kita. 'Sorokkan' tubuh kita sebaik mungkin sebab kita malu kalau orang yang ajnabi lihat tubuh kita. Inikan lagi tubuh badan pinjaman Tuhan kepada kita. Bukan calang-calang tau yang meminjamkan! Again, if we don't care about Him, we couldn't care more.


3. MALU: PENJAGAAN HUBUNGAN

Dalam dunia ini banyak jenis hubungan: hubungan suami isteri, jiran, sahabat dan sebagainya. Tapi di sini saya nak sentuh satu jenis perhubungan iaitu perhubungan dengan Allah. "...ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat pula kepadamu..." (Al-Baqarah: 152) Hal ini juga jelas disebut dalam hadis ke-19: "... Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau". (Riwayat Tirimizi) Andai satu hubungan yang penting ini dijaga, Insya Allah hubungan yang lain-lain semuanya akan terjaga kerana kita dijaga oleh Allah. Selain itu, kita akan sentiasa rasa malu dan menjalani hidup sehari-harian, dari celik mata hingga pejam mata, dengan penuh hati-hati sebab kita tahu: Dia lihat! Dia dengar! Dia tahu!

Apa yang penting sangat untuk menjaga hubungan dengan Allah? Banyak sebabnya. Salah satu sudah disebutkan di atas. Sesungguhnya penjagaan hubungan kita dengan Allah adalah untuk kebaikan dunia & akhirat kita, sebab Allah swt tak rugi apa-apa andai kita tak ambil pusing tentang Dia. Hati juga akan menjadi tenang dengan merapatkan diri pada-Nya (rujuk Al-Ra'd: 28). Cinta kita kepada-Nya haruslah lebih agung & tinggi daripada kecintaan kita kepada manusia lain seperti pada ibu bapa, suami/isteri atau rakan-rakan. Capailah cinta pada Ilahi hingga tahap kita tidak merasakan yang lebih berhak mendapat rasa cinta kita selain daripada-Nya. Cintailah
terlebih dahulu Dia yang mencipta cinta . Kalau kita suka/cinta sesorang kita sanggup buat apa saja, bak kata-kata jiwang: lautan api sanggup kuredah demi mu, sayang; I love you till the end of my breath, kau umpama bulan yang menyinari hidup ini or whatsoever, mengapa kita tidak rasa sedemikian pada Allah swt? Bukankah Dia lebih layak? Dia yamg menyinari siang dengan matahari, malam dengan bulan dihiasi bintang, memilih kita untuk bernafas dalam nafas Islam, memberi kita nikmat yang tak terhitung banyaknya sejak kita dalam rahim ibu lagi. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13) Tak malu ke apabila susah je ingat Allah? Nak nikmat je memanjang, tapi cinta Allah hanya pada bibir, tidak tetap dalam hati (sekejap cinta, sekejap lupa, macam Chipsmore pulak) Nikmat nak melimpah ruah, tapi ibadat tak seberapa, setakat cukup yang wajib, solat pun akhir waktu. Bagaimana pula apabila sedang bergelak ketawa sampai satu kampung dengar? Di mana kita letakkan Allah ketika itu? Sungguh tak tahu malu, lupa daratan & lupa diri andai kita tidak cintakan Allah swt lebih daripada segala-galanya! Well...again, if we don't really love Him so much, we don't care much, would we?


Kesimpulan

Hee..macam assignment pula ada kesimpulan! Malu itu sebahagian daripada 70+ cabang iman dan disebut dalam hadis ke-20. Jadi, marilah bersama-sama kita menjadi hamba-Nya yang pemalu untuk meraih cinta-Nya. Malu untuk meninggalkan apa yang disukai-Nya, dan malu untuk menghampiri larangan-Nya. Dan malu itu biarlah betul konteksnya (contohnya tidak malu untuk amal ma'ruf nahi munkar, bukannya malu untuk menutup aurat mengikut yang digariskan oleh syarak). Sesungguhnya malu itu hanya mendatangkan kebaikan (Hadis riwayat Muslim) .