Tuesday 4 December 2007

Resipi Hari Ini

Assalamu'alaikum...

Dalam penulisan kali ini, saya nak share satu ilmu yang berguna, iaitu resipi yang sangat mudah, tapi amat lazat lagi menyelerakan (macam iklan adabi pulak, ;p). Saya memang suka memasak, jadi rasa seronok kalau dapat share ilmu ni dengan siapa-siapa yang sudi.

I was so hungry and this vision of a nice, hot and creamy mushroom soup kept flashing in my mind. Tapi tak pandai buat, jadi google kan la... Memang ape yang akan di share ni adalah dari internet, tapi it is proven fool-proof by by. Saya sertakan resipi nya di sini. Tak ade lah tiru resipi tu exactly, I have altered some.


Creamy Chicken & Mushroom Soup

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih - cincang/chopped finely
Sebiji bawang besar - cincang juga
1/4 cawan butter
2 sudu besar minyak zaitun - optional
5 - 7 biji cendawan - apa-apa jenis & lebih pun xpe, I just use the cheap, normal white mushroom, potong kiub
3 - 5 sudu besar tepung gandum
2 kiub pati ayam
1 cawan susu - boleh juga campur 1/2 cwn susu + 1/2 cwn cream

Cara-cara membuat
  1. Panaskan periuk. Kemudian, masukkan butter dan kacau sampai cair.
  2. Bila butter dah cair dan panas, tumis bawang putih, bawang besar dan cendawan selama 5 minit. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan 3 - 5 minit.
  3. Masukkan tepung dan kacau. Tekstur campuran bahan-bahan tumis dan tepung mesti pekat, tambah tepung jika perlu.
  4. Masukkan kiub ayam. Kacau dan pastikan kiub hancur/larut. Tutup periuk dan biar lagi untuk beberapa minit (jangan sampai hangus pula)
  5. Tambah lebih kurang 1 liter air. Kacau sampai sebati. Biarkan masak (jadi pekat & mula mendidih) atas api kecil.
  6. Apabila sup dah nak mendidih, masukkan susu dan kacau sebati. Tambah lada hitam jika suka. Garam rasanya tak payah sebab kiub ayam & butter dah bagi rasa masin.
  7. Tutup periuk, biarkan 5 minit, dan tutup api.
  8. Boleh la ambil mangkuk, sudu dan senduk, dan mula menjamu selera!Makan dengan garlic bread pun ok jugak.
(Boleh jamu 3-5 orang, sebab resipi ni untuk satu periuk sederhana.Tapi boleh je kalau nak makan sorang-sorang, keep the leftover in the freezer, not fridge and panaskan bila nak makan - a great meal to share time usrah)


Haa...boleh la cuba. Memasak ni seronok, dan kita tak boleh rely 100% on recipes (sebab resipi pun ditulis atas anggaran, tak tepat 100% - no pure maths in most of cooking). For me, bila masak tu, follow and trust your instinct and tongue. Insya Allah kalau cuba & buat dengan penuh kasih sayang, sup ni akan sedap.

Lepas ni, tak payah dah beli sup cendawan dalam tin, jimat duit. Bolehlah sparekan duit nak beli sup dalam tin atau sup segera untuk diinfakkan, hihi ;p

Thursday 22 November 2007

Hati

Hati,
Kau membimbing,
Kau jua mampu memusnah.

Hati,
Kau kuat,
Kau jua lemah tak berdaya.

Hati,
Kau lembut,
Kau jua keras seperti batu.

Hati,
Kau teguh,
Kau jua selalu berubah.

Wahai diri,
Hati yang bagaimanakah mahu kau miliki?

Friday 16 November 2007

Once in a while, I want to blabber . . .

Assalamu'alaikum . . . Hahaha...lama betul 'cuti' menulis! Nak kata busy, tak pulak, tapi tak de ilham la..maafla ye. Tapi jangan risau, I'm still fine and okay, alhamdulillah, kering idea je... Meh nak share something about myself. Sejak dari kecik, I think I'm quite a pathetic girl. Kurus, macam tak cukup kasih sayang dan nutrisi. And I can't remember any joyous and happy memoirs from my childhood. Tapi tak kisahla kan, sbb para rasul dulu pun, zaman kanak-kanak mereka jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan zaman kanak-kanak sekarang. Gameboy, xBox, PS2, PS3, anime, etc etc etc. The only memory that I still remember till now is my bittersweet memories of my cats and hamsters (yes, I'm a pathetic animal lover! Can't help it!)

(Miss you guys dearly; Strawberry, Hensem & Pondan)


(May you find happiness with your new mom and life partner Greyboo)

Talking about my boundless love for animal... Actually, I really wanted to be a vet, but my brother had 'killed' the dream by saying: Buat pe jadi vet, bukannya membantu pembangunan negara! So now, here I am, studying to be a teacher with a high hope that in future, I may build the better nation. I love animals so much that I cry whenever I see they are cruelly treated. I cry every time my cats or hamsters crossed the Rainbow Bridge. Till one day...a person made a 'shocking' statement about me: that I love and care for animals are greater than my love and care towards human beings. Gosh!! Astagfirullah hal'azim...
However, she brought up some good issues by making that statement.

First, don't judge a book by its cover. We, human, should never judge other people. Look Al-Hujurat, verse 12. No one should judge, except for Him alone.People that we judge may be way better than us.

Second, setiap orang berbeza. Every one is different, even identical twins! Maka, cara setiap orang menunjukkan rasa kasih sayang dan prihatin adalah berbeza. Sesetengah orang menunjukkan rasa sayang dengan sentuhan, dan ada juga dengan kata-kata atau bebelan. You may not like the way he/she carries herself, but then..look up in the al Qur'an (sorry tak ingat surah & ayat apa), and you'll find that Allah swt has clearly stated that we are different from each other so that some of us are the challenge for some of us to face. Accept and live with it with an open heart. Selagi kita tak boleh terima orang lain dengan dada yang
lapang , then something is wrong with our heart & iman = need biopsy!

Third, bagi pencinta haiwan, cara mereka menunjukkan rasa sayang terhadap haiwan dan manusia amatlah berbeza. Sayang pada haiwan adalah atas dasar simpati, dan sayang pada manusia lahir dari rasa kasih yang sejati lahir daripada hati. It's kind of hard to explain, but animal lovers out there, you do understand this, don't you? Some people question, why we don't always treat humans like we treat our beloved pets. Well, in a way, beloved pets are more 'comforting' and 'soothing' than most human beings. Hehe..I'm not biased! I love all you people & animals out there equally! Knowing and seeing people are treated cruelly and unjustly hurts as much as knowing and seeing animals & environment treated in such ways. Enough of blabbering. So, basically, I am a pathetic animal, nature & human lover. And I show my love and care towards these three magnificent creation of Allah swt in three distinct ways. You really can't compare and contrast them, as it is not fair for me!

Anyway, saya sayang anda semua, fillah (really, even if I don't know you =D )


(Musang my hero...hope you are still there when I go back home!)

Thursday 25 October 2007

Pengharapan Agung



Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu? Yang memberatkan tanggunganmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap. (Al-Inshirah: 1-8)


Assalamu'alaikum semua...


Maaflah bagi sesiapa yang menanti penulisan saya yang terbaru. Kekeringan idea, kekusutan fikiran, kelemahan iman & kekacauan duniawi melanda. Namun, Alhamdulillah, Dia masih mengurniakan saya kekuatan & will power to pull myself back together again, Alhamdulillah...

Ok..now, how should I start? Cam diari lah ekk..senang sket..


7hb Oktober 2007
Hati ni terasa tak keruan sangat sebab parents kat Malaysia tak pos lagi barang/baju raya. Kawan-kawan lain semua dah gembira dengan parcel Malaysia diorang. Diri ni hanya boleh menumpang gembira. Dalam hati, rasa cemburu menikam..ai..when is mine will be with me???


9hb Oktober 2007
Panggilan dibuat kepada ibu tersayang. Barang baru dipos hari ni. Harap-harap sampai la sebelum raya...


12hb Oktober 2007
Hari ni hari Raya Aidilfitri. Kelas sampai petang pula tu. Barang tak sampai lagi. Sedih, tapi tak layan sangat sebab tak mengeruhkan hari yang mulia ni. So penantian diteruskan dengan sabar dan kerisauan yang sarat.


15 hb Oktober 2007
Parcel ke Malaysia dihantar kepada seseorang. Dah janji, jadi perlu ditepati. Risau juga barang tersebut tak sampai kepada penerimanya sebab barang yang dihantar sangat berharga. Namun, segalanya diserah pada Yang Esa.


23hb Oktober 2007
Hati ni dah tak tertanggung derita menanti. Banyak benda yang ditunggu masih lagi ditunggu (parcel raya, peti ais rumah dan 2 barang yang dibeli online). Hati berdoa bersungguh-sungguh pd-Nya, mengharap hati ini ditenangkan oleh-Nya yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya. Diserahkan & dicurahkan segala-segalanya pada-Nya. Sungguh, hanya Dia mengetahui betapa saya tidak suka menunggu.

Kemudian , ketika tengah sibuk menghadap laptop, terdengar bunyi lori di depan rumah. Alhamdulillah! Peti ais rumah baru dah sampai! And it is big! Hati sangat gembira.Kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Tiba-tiba, terdetik di hati ingin menjenguk Porter's Lodge, kot-kot la barang yang ditunggu dah sampai. Dan Alhamdulillah sekali lagi, semua barang dah sampai. Penuh tangan mengangkat semuanya. Syukur sungguh pada-Nya yang Maha Pengasih.


25hb Oktober 2007
Barang yang dihantar ke Malaysia masih tidak kunjung tiba. Hati risau, tapi, sekali lagi, diserahkan segalanya pada Allah swt. Hati ini tak henti-henti berdoa agar ia selamat sampai kepada penerimanya. 5 jam kemudian, SMS diterima daripada penerima di Malaysia, memberitahu barang tersebut sudah sampai di Pejabat Pos daerah. Hati ini mengucapkan syukur pada-Nya, syukur yang tak terhingga...
Alhamdulillah....
________________________________________________________________________________________

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman menunggu ini. Mungkin bagi sesetengah pihak, they view this as coincidence. But for me, this amazing experience of waiting teaches a lot of meaningful lessons, which are:
  1. Bersabar dengan segala ujian dan cabaran. Ujian adalah cara Allah untuk mengajar kita hidup di muka bumi ini dan untuk membaiki diri menjadi yang lebih baik.
  2. Pasrah @ redha dengan segala ketentuan-Nya, because He who knows everything, knows what is best for you. Setiap apa yang terjadi pada diri kita, be it happy and sad things, they are the best for us. Jadi jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang pada mata kasar kita lebih beruntung/bernasib baik.
  3. Pengharapan hanyalah pada-Nya yang lebih berkuasa. Kuasa-Nya mengatasi segala-galanya, contoh dlm kes saya, Kuasa-Nya lebih dari kuasa strike dan posmen.

Antara tiga pengajaran di atas, yang paling berkesan di hati saya ialah yang ketiga. Sungguh, hidup ini, kita seharusnya mengharap kepada-Nya. At most of times, kita mungkin tak sedar di mana kita letakkan pengharapan kita, mungkin pada cleaner, posmen, pensyarah dsb. Mari sama-sama pastikan pengharapan agung kita dalam setiap aspek kehidupan bermula dari mata celik hingga pejam buat selama-lamanya; adalah pada ALLAH SWT. So, selalulah beringat dan muhasabah setiap masa, bukan hanya sebelum tidur sahaja...

Thursday 11 October 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Assalamu'alaikum semua . . .

Ramadhan sudah pun berakhir. Perasaan saya bercampur-baur. Sedih meninggalkan bulan mulia ini. Sayu kerana tiada lagi solat terawih hingga Ramadhan next year. Menyesal kerana tidak merasakan bulan ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Takut untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya kerana syaitan-syaitan telas bebas. Gembira kerana berjaya melalui bulan mulia ini & dapat menyambut raya di perantauan buat pertama kali.

Kami semua di Plymouth benar-benar yakin raya adalah pada Sabtu, 13 Okt 07. Tengok-tengok jatuh pada hari Jumaat! Macam tak percaya! Sudahlah kami ada kelas sampai ke petang (T_T) Sedih & frust betul . . . Semua pun macam tak bersemangat menyambut raya. Tapi pada keesokan harinya, semua berwajah ceria. Kunjung mengunjung pun bermula. Memang meriah. Namun masih tidak sama dengan sambutan di tanah air sendiri bersama keluarga tercinta. But for me, I love it. It's a meaningful experience; menyambut Aidilfitri di perantauan bersama rakan-rakan. Persiapan raya pun semuanya dibuat sendiri. Kena masak itu, kena buat ini dan macam-macam lagi. Kini baru terasa betapa penatnya ibu apabila raya menjelma. Now only I appreciate all of her hard work! Thanks ibu! (T_T)

Well, Ramadhan is over. Skrg ni kembali lah kita semula kepada fitrah kebiasaan di luar Ramadhan. Adakah kita kini mampu berteguh mempertahan & istiqamah dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang kita amalkan pada bulan Ramadhan? Tepuk dada, tanya iman.

Monday 1 October 2007

M.A.L.U.

Apabila berbicara tentang malu, pelbagai tafsiran yang muncul di minda kita semua. Malu blushing, tersipu-sipu dan sebagainya. Daripada segi bahasa/literal, malu bermaksud menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif, khususnya pada diri sendiri, dan umumnya pada keluarga atau masyarakat sekeliling.

How about from the perspective of ISLAM?

Malu dalam ISLAM bukanlah malu tersipu-sipu atau blushing, tetapi ia adalah suatu akhlak mulia yang sentiasa menjadikan seorang hamba Allah itu sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang dan sentiasa mengelakkan diri daripada alpa menunaikan tanggungjawab kepada pihak yang berhak ke atasnya. Contohnya, katakanlah kita bekerja sebagai setiausaha eksekutif di sebuah syarikat perniagaan terkemuka dunia, Samsung. Sedar dengan tanggungjawab yang diamanahkan, kita semestinya sedar yang kita harus melaksanakan tanggungjawab itu bersungguh-sungguh. Ye la...kang nanti malu la CEO dan pemegang saham syarikat tu!

Baik, sekarang kita kembali semula ke alam nyata, bukan lagi di Samsung. So, siapa kita sebenarnya? Betul, hamba Allah. Dan siapa tuan empunya kita? Betul!! ALLAH SWT. Jadi ada atau tidak rasa malu apabila kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita dengan bersungguh-sungguh? Jika kita malu apabila tanggungjawab terhadap manusia tidak dapat dilaksanakan dengai sehabis baik, bagaimana pula dengan perlaksanaan tanggungjawab kepada Dia yang lebih Agung?

Konsep malu seharusnya diaplikasikan dalam setiap aspek kehidupan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah@Muslim/Muslimah. Kita malu apabila beribadat kerana mengenangkan dosa-dosa lalu (kelalaian dalam menjaga amal); malu apabila menikmati rezeki (kerana terlalu banyak nikmat yang diberi oleh-Nya, tetapi terlalu sedikit penglahiran syukur, eg. ibadah-ibadah sunat yang dilakukan) dan banyak lagi. Tapi dalam penulisan saya ini, saya ingin fokus kepada malu dalam aspek penjagaan deria, penjagaan aurat dan penjagaan hubungan.


1. MALU: PENJAGAAN DERIA

Deria saya definasikan di sini sebagai pancaindera utama yang menyumbang kepada kebanyakan dosa-dosa besar (mata, lidah, hati & kehormatan). Mengapa mata, lidah, hati & kehormatan? Tuntutan menjaga mata & kehormatan telah jelas dalam firman Allah swt yang panjang lebar dalam surah An Nur ayat 30 & 31 (boleh rujuk sendiri; bg yang tiada tafsir, boleh rujuk di link Al-Qur'an dgn terjemahan di blog ini). Untuk penjagaan lidah & hati pula, kita boleh ambil pengajaran daripada Surah Al-Hujurat, ayat 12; dan surah Al-Humazah serta hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekeliannya. Ketahuilah! Itulah hati"(Riwayat Bukhari dan Muslim). Daripada ayat-ayat & hadis tersebut, jelas kita perlu memelihara hati kita daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan mengumpat.

Jadi, bagaimana kita mahu memelihara deria-deria tersebut? I believe that by always remember that He the One that we can't see, SEES & HEARS ALL. Dengan merasakan ini setiap saat, pasti hati berjiwa hamba ini merasa gerun dan malu untuk membuat sesuatu yang telah jelas dilarang oleh Pemilik jiwa. For easier illustration, katalah kononnya kita admire betul ngn
mamat/minah Syria yang hensem/lawa yang baru tiba di universiti kita beberapa hari lepas. Confirm kita sentiasa jaga tutur kata & tingkah laku supaya dia tertarik hati dengan kita. Di belakangnya pun kita seboleh-bolehnya jaga diri kita agar tiada benda kurang elok didengarinya. So, lebih kuranglah hubungan kita dengan Allah swt. Apatah lagi Dia Maha Melihat & Maha Mendengar! Lainlah kalau kita tak berapa cintakan Al-Khaliq kita, because then we couldn't care much, right?


2. MALU: PENJAGAAN AURAT

Aurat. Apakah aurat? I believe that I don't have to explain as I'm confident that all of us know what aurat is. Kita semua, baik yang menutup aurat ataupun tak, semua pakar tentang aurat. Aurat lelaki macam ni, perempuan macam ni. Kena pakai macam ni, tak boleh pakai macam tu. Tapi itulah, umat sekarang, umat yg hidup di zaman akhir, bak kata Rasulullah tentang dua ahli neraka yang baginda tidak pernah lihat yang salah satunya: "...Dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan dengan bergaya melengang-lenggok, kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk Jannah dan tidak akan mencium baunya...." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Mengapa kita diperintahkan agar menutup aurat? Sekali lagi, rujuk Surah An-Nur, ayat 30 & 31 dan juga hadis di atas tadi. Lagipun, aurat itu melambangkan maruah sesorang, lebih-lebih lagi wanita kerana wanita memang indah ciptaan-Nya. Tidaklah bermaruah sesorang wanita itu jika dia tak menutup aurat, sebab dia menjadikan dirinya sebagai tontonan awam, ala-ala free show gitu. I wanto to stress here to all my beloved sisters, tutup aurat bukanlah sekadar memakai tudung, tapi yang lain2 pun hendaklah 'ditudungkan' jugak. Tak nak la tudung dah elok tutup dada, tapi yang lain-lain tersembul sana, terdedah sini, mengganggu pandangan! Kalau makanan kita nak yang elok tertutup, nak beli baju, nak yang bersih, tak nak yang kotor dah disentuh orang, nak beli buku atau apa kat kaunter, nak yang tersorok kat belakang-belakang kaunter/rak tu. Jadi mengapa tidak kita lakukan begini terhadap tubuh kita. 'Sorokkan' tubuh kita sebaik mungkin sebab kita malu kalau orang yang ajnabi lihat tubuh kita. Inikan lagi tubuh badan pinjaman Tuhan kepada kita. Bukan calang-calang tau yang meminjamkan! Again, if we don't care about Him, we couldn't care more.


3. MALU: PENJAGAAN HUBUNGAN

Dalam dunia ini banyak jenis hubungan: hubungan suami isteri, jiran, sahabat dan sebagainya. Tapi di sini saya nak sentuh satu jenis perhubungan iaitu perhubungan dengan Allah. "...ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat pula kepadamu..." (Al-Baqarah: 152) Hal ini juga jelas disebut dalam hadis ke-19: "... Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau". (Riwayat Tirimizi) Andai satu hubungan yang penting ini dijaga, Insya Allah hubungan yang lain-lain semuanya akan terjaga kerana kita dijaga oleh Allah. Selain itu, kita akan sentiasa rasa malu dan menjalani hidup sehari-harian, dari celik mata hingga pejam mata, dengan penuh hati-hati sebab kita tahu: Dia lihat! Dia dengar! Dia tahu!

Apa yang penting sangat untuk menjaga hubungan dengan Allah? Banyak sebabnya. Salah satu sudah disebutkan di atas. Sesungguhnya penjagaan hubungan kita dengan Allah adalah untuk kebaikan dunia & akhirat kita, sebab Allah swt tak rugi apa-apa andai kita tak ambil pusing tentang Dia. Hati juga akan menjadi tenang dengan merapatkan diri pada-Nya (rujuk Al-Ra'd: 28). Cinta kita kepada-Nya haruslah lebih agung & tinggi daripada kecintaan kita kepada manusia lain seperti pada ibu bapa, suami/isteri atau rakan-rakan. Capailah cinta pada Ilahi hingga tahap kita tidak merasakan yang lebih berhak mendapat rasa cinta kita selain daripada-Nya. Cintailah
terlebih dahulu Dia yang mencipta cinta . Kalau kita suka/cinta sesorang kita sanggup buat apa saja, bak kata-kata jiwang: lautan api sanggup kuredah demi mu, sayang; I love you till the end of my breath, kau umpama bulan yang menyinari hidup ini or whatsoever, mengapa kita tidak rasa sedemikian pada Allah swt? Bukankah Dia lebih layak? Dia yamg menyinari siang dengan matahari, malam dengan bulan dihiasi bintang, memilih kita untuk bernafas dalam nafas Islam, memberi kita nikmat yang tak terhitung banyaknya sejak kita dalam rahim ibu lagi. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13) Tak malu ke apabila susah je ingat Allah? Nak nikmat je memanjang, tapi cinta Allah hanya pada bibir, tidak tetap dalam hati (sekejap cinta, sekejap lupa, macam Chipsmore pulak) Nikmat nak melimpah ruah, tapi ibadat tak seberapa, setakat cukup yang wajib, solat pun akhir waktu. Bagaimana pula apabila sedang bergelak ketawa sampai satu kampung dengar? Di mana kita letakkan Allah ketika itu? Sungguh tak tahu malu, lupa daratan & lupa diri andai kita tidak cintakan Allah swt lebih daripada segala-galanya! Well...again, if we don't really love Him so much, we don't care much, would we?


Kesimpulan

Hee..macam assignment pula ada kesimpulan! Malu itu sebahagian daripada 70+ cabang iman dan disebut dalam hadis ke-20. Jadi, marilah bersama-sama kita menjadi hamba-Nya yang pemalu untuk meraih cinta-Nya. Malu untuk meninggalkan apa yang disukai-Nya, dan malu untuk menghampiri larangan-Nya. Dan malu itu biarlah betul konteksnya (contohnya tidak malu untuk amal ma'ruf nahi munkar, bukannya malu untuk menutup aurat mengikut yang digariskan oleh syarak). Sesungguhnya malu itu hanya mendatangkan kebaikan (Hadis riwayat Muslim) .

Saturday 29 September 2007

Ya Rabb . . .

Baru-baru ini saya amat merindukan lagu Damba Cinta-Mu, dinyanyikan oleh Raihan. Lagu itu lagu lama kumpulan tersebut, I think 9 to 10 years ago. Di sini saya nak share lirik lagu tu..Amat bermaksa & berkesan di hati jika diselami & dihayati bersungguh-sungguh liriknya...

Damba Cinta-Mu by Raihan

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba-Mu

Ku sering melanggar larangan-Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhan-Mu
Walau sedar aku milik-Mu

Bilakah diri inikan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dari-Mu

Kusering berjanji depan-Mu
Sering juaku memungkiri
Kupernah menangis kerana-Mu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hamba-Mu
Selangkahku kepada-Mu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Kutakut kepada-Mu
Kuharap jua pada-Mu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


Pilu & sedih setiap kali mendengar lagu ni..Teringat dosa-dosa yang banyak umpama dendaun & pepasir di bumi ni.. Ya Allah, ampunkanlah aku ... (*_*)

Friday 28 September 2007

The Interview

Assalamu'alaikum . . . Wah . . . lama betul saya tak menulis! I have been busy with my assignment and alhamdulillah it's done now. Harap-harap dikurniakan Allah markah yg bagus, amiin... Hari ni (Jumaat 280907) tak de kelas. But I have an important 'event' that is an interview with a reporter from BBC Radio Devon. She is doing some research about multi faiths. Jadi beliau nak interview beberapa students Muslim di MARJON ni (memandangkan Muslim majoritinya senang dicari di MARJON). Tak lama pun interview tu, just about 1 and half hours. Before the interview, beliau (Jane) ada bagi soalan yang akan ditanya. So boleh la kami (3 of us) be prepared. Berikut adalah soalan-soalan yang ditanya & jawapan saya yang tak seberapa (tp dah diedit grammarnye (ternervous sikit time interview, ayat pun tunggang langgang, hihihi ;p)

  • What are the benefits of having a strong faith? What does faith means to you?
  • There are lots of benefit of having a strong faith, for example, it acts as your guidance and it makes you realize the aim/purpose of your life. Faith, literally means a belief that you hold, and personally for me, faith means everything for me. It gives you the answer to everything such as why this happened to you, not to other people, why some people are rich and some people are poor and so on.
  • What is it like being a Muslim in Plymouth - are there any difficulties, what are the good things?
  • There are not many difficulties, I would say. It's just that when we go out to the town during the night, we would usually being called names & laughed at mostly by the teenagers. But it's not a big problem now. I think I'm used to it now.
  • To discuss Ramadhan, its significance, whether fasting, prayer etc is more difficult when the majority of people aren't doing the same thing.
  • I think the significance of Ramadhan is to differentiate other beliefs' fasting practices. For example, in Christianity (Catholic), on Fridays, the believers fasting by not eating meat. In other beliefs, the believers fast, but they can drink but not eat; or they can break their fast at a time that they decide on themselves. But in Islam, we start fast from the sun rises till the sun sets. We cannot eat, drink and involve in sexual activities. Fasting also disciplines us because we have to constrain ourselves from doing non-beneficial things. We are encouraged to read the Holy Qur'an and do good deeds. Fasting also makes us feel the hardship that poor people face, like hunger.
  • Its not hard at all to fast when other people are not doing the same thing. This is when the strong faith comes in, again. If we have a strong faith, nothing is hard for us to do what is being told. It's vice-versa. But I believe it is quite important to have people of the same faith besides you so that you get the support and motivation to practice the belief.
  • How much would it mean to local Muslims to have an official mosque?
  • It would mean a lot! This is because a mosque is a place where all Muslims can meet, pray together and have discussions. It is also a place that can strengthen our relationship as we can meet regularly.
  • Has the perception of Muslims changed in the light of terrorist attacks etc.? How can this be countered by both the wider community and the Muslim community themselves?
  • Hurm...I think some people stare at us. But we as Muslims never agree with terrorism as the teaching of Islam doesn't have this. It is certainly not in Islam. However, we do get the negative effect of terrorism. Its not fair. We all are blamed for something that we don't commit.
  • I think the misunderstanding can be countered by having forums or discussions so that this issue will be clear. These will help people to understand what is the real teachings of Islam.
  • Can you explain briefly on how women is treated in Islam.
  • Basically people will think that women is treated unequally mainly because we have to cover up and wear scarf. We are actually treated as princesses. We have to cover up as our beauty is only for our husband, not everyone. Our Prophet also taught us that we have to put our mother first before our father. By covering up we also show our modesty as we don't show our beauty and body to everybody. We also have the right to have education; ot's up to us whether we want to grab the chance or not
  • Do you feel local people are interested in finding out more about your culture and beliefs?
  • I think so. It's a human nature to know something that they don't know. Even if they are not interested, we still would like to tell them about the real Islam. This is because I believe that many people still do not know about our belief; some think Muslims worship a black box in a desert (Mecca), & kiss the ground 5 times a day!
  • Drinking alcohol - do you feel left out?
  • Not at all. There are other ways to enjoy ourselves. Besides that, by looking at the students' behaviour in Marjon here especially after they had parties, I'm very thankful that I don't drink. They usually shouting here & there, and bottles are scattered around. And we all know that alcohol has more negative effects than positive.
  • As students, why did they decide to study here?
  • Because the opportunity for me to travel in Europe is bigger than other places. Besides that, I don't like Science and Maths!

Sebenarnya byk lagi soalan Jane (yang beliau 'chip' in), tapi saya tak ingat. Lupa pula nak rekod interview tu. Seronok jugak menerangkan tentang agama yang dicintai ini pada orang lain. Saya belajar byk benda, seperti bagaimana nak menceritakan agama dengan bahasa yang mudah bagi yang tidak memahami apa itu Islam. Pemilihan perkataan pun amat penting. Nasib la interview dlm bahasa Inggeris, jadi memang kena fikir dulu baru cakap. Saya berdoa agar penemuramah itu dikurniakan taufiq & hidayah oleh-Nya, amiin.

Sesiapa yang mahu memberikan pendapat/jawapan pada soalan-soalan di atas amatlah dialu-alukan. =)



Saturday 22 September 2007

PULANGLAH PADA TUHAN

Actually, I was supposed to be writing my assignment now instead of 'blogging'. Tapi tak boleh nak fokus sejak membaca berita tentang Allahyarhamah Nurin Jazlin. Hati ni sayu & sedih. Saya pernah kehilangan adik yang tersayang (tapi dia tidaklah diambil dari dunia sekejam itu), so I know the depression & sadness that her parents, siblings & relatives feel. Semoga mereka tabah setabah-tabahnya dalam menghadapi ujian-Nya.

Kami yang belajar di perantauan pun tidak kurang sedih & marah & kecewa dengan berita tersebut. All of us are grieving for her & her family. Personally, saya amat sedih apabila membaca berita tentang adik Nurin. I believe that we all are extremely sad with what happened to her. Sungguh kejam si penjenayah itu!!! Kanak-kanak yang suci lagi tidak berdosa diperlakukan sedemikian. That criminal is even worse than animal! Binatang pun tak ada yang bersifat luar tabie macam tu!

Merenung kembali tentang kejadian yang menyayat hati ini, saya rasa banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Antara pengaran/iktibar yang saya boleh fikirkan ialah:

  • Hidup kita sekarang sudah semakin jauh daripada Tuhan. Sekiranya semua, tanpa mengira kepercayaan mengamalkan sepenuhnya ajaran-ajaran agama, mungkin manusia hidup aman damai. Tiada agama yang mengajar penganut-penganutnya: "Kamu haruslah membunuh & menculik orang", atau "Culik kanak-kanak & seksa mereka, kalau kamu guna terung & timun lagi bagus!" No such nonsense! Dengan adanya pegangan yang kuat, sudah tentu kita semua hidup tenang, tiada kes schizophrenia and such.
  • Mungkin jika hukum hudud dilaksanakan, tidak berlaku jenayah sebegini. Pasti semua gerun dengan hukuman-hukuman yang akan diterima sebagai balasan atas kesalahan mereka. Sesungguhnya hukum Allah swt tu amat sempurna, tapi ramai yang tidak mahu mengambilnya.
  • Jaga keselamatan diri setiap masa. Memang apa yang terjadi telah ditentukan oleh Allah swt, tapi at least kita harus berusaha bersungguh-sungguh & tawakal kepada-Nya. Baca surah An-Nas banyak-banyak sebagai doa pelindung.


And all in all, I really think it comes down to a simple conclusion:

PULANGLAH KEPADA TUHAN!

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar." (AL-RUM: 41)

Wednesday 19 September 2007

Long Day...



Assalamu'alaikum semua. . .

Harap semua sihat & dalam rahmat-Nya, dan masih bernafas dalan nafas nikmat iman & Islam. Seriously, lepas 'karya' yang lepas, saya betul2 ketandusan idea untuk menulis! Hurm..bagaimana ya para penulis novel sentiasa banjir dengan idea?

Jadi, sementara nak tunggu banjir idea melanda, saya nak kongsi pengalaman saya semalam. It was such a long day! Sampai je di rumah, saya terus 'pancit'...




JAM 0700
Malas sungguh nak bangun...Itula, siapa suruh tidur lambat! Tapi digagahkan juga bangun dan bersiap-siap, demi interview untuk kerja di Royal Mail Disember nanti. Kalau nak rezeki halal yang lebih, kena la berusaha lebih, betul tak?

JAM 0805
We were on our journey there, by a taxi. Sepanjang perjalanan, saya asyik recall semua dokumen yang saya bawa. Semua lengkap, Insya Allah. Harapnya semua berjalan lancar, sampai la sejam setengah kemudian . . .

JAM 0930
"Miss, your bank letter doesn't have an issue date. We can't accept this." Ya Allah, biar betul! Pelik la pulak surat bank tak de tarikh ... Saya pun panik. "So what should I do now?" Tanya saya pada pegawai itu. Dalam hati, saya redha dengan segala ketentuan-Nya. If this is not meant for me, then I know His knows that this is not good enough for me, so I don't really mind if I don't get the job. "Why not you come back later, this afternoon, with another bank letter with a date?" "Ok. I'll try." Jangan panik! Tenang...Jadi saya pun call kawan-kawan saya yang akan interview petang nanti, minta tolong mereka. Alhamdulillah, kawan-kawan sudi menghulurkan bantuan. Jazakumullah khurair (esp. empunya Nokia 73 & Motolora D&G, housemate & the 'letter carrier'). Maybe this is meant for me, cuma Allah nak uji.

JAM 1030-1330
Saya menghabiskan masa 3 jam menunggu dengan membaca novel. Nasib baik saya terasa nak bawa novel tu. At least I won't let time goes by me just like that. Tapi terpaksa menunggu di kantin. Perut yang tak lapar pun jadi lapar. Tapi terpaksa ditahan; I have no other place to sit & read. Ujian . . ujian . .

JAM 1330-1345
Alamak...kenapa diorang tak sampai-sampai lagi ni. Risau sungguh. Saya pun sms kawan saya, rupa-rupanya teksi driver diorang bawa ke tempat yang salah, jadi diorang terpaksa naik teksi lain dari situ untuk ke tempat interview. Kesian...mesti byk duit keluar untuk bayar tambang. Ujian lagi, buat mereka & saya. Akhirnya diorang pun sampai 15 minit kemudian, Alhamdulillah. Thank you Allah!

JAM 1440-1515
Menunggu teksi. Teksi yang tak kunjung-kunjung tiba. Cuaca semakin sejuk. Saya menunggu dengan kesabaran yang semakin menipis. Sabar Syafwah..sabar...saya pujuk diri sendiri.

JAM 1520
Teksi pun tiba. Saya pun dah semakin lemah. Dalam teksi tu, saya cuba sedaya upaya buat diri sendiri distracted supaya mabuk hilang. Perjalanan yang sebenarnya pendek dirasakan sangat lama. I was on the very edge to vomit when we arrived at our location; at last, home sweet home!

JAM 1600

Sambil berehat di atas katil, diselubungi duvet yang empuk, saya menghabiskan bacaan novel saya sambil merefleksi peristiwa hari ini. Pasti ada hikmah di sebalik semuanya. Pasti ada sesuatu yang penting yang Dia nak ajarkan kepada saya, and I know exactly what it is.


"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dan Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (YUNUS: 10)



What do you think that He wants to teach me?
Tell me, I want to know other people's opinion/advice.
Jazakumullah kepada yang bagi respon. =)

Sunday 16 September 2007

Dulu . . . Kini . . . Selamanya. . .

Dulu,
aku rasa aku sudah cukup baik,
anak yang baik, tak tinggal solat, puasa, pakai tudung.

Namun, suatu hari . . .
aku duduk di meja dan berfikir,
aku tertanya-tanya hakikat penciptaan diri ini,
Kenapa ya Allah swt ciptakan aku?
Takkan hanya untuk belajar, berkawan & bergembira; happy go lucky je...

Aku tidaklah sehebat para sahabat,
jauh sekali kalau nak dibandingkan dengan ummul mukminin!
Jadi kenapa ya? Kenapa Dia ciptakan aku?
Hurm...kan aku bakal menjadi seorang guru,
so itulah tujuan-Nya!
Mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna!
Nanti, apabila dah ada family sendiri,
aku mesti jadi isteri dan ibu yang baik.
Betul tak? Betul la kan?

Namun, aku tak puas hati...
Takkanlah itu je tujuan-Nya..
Mesti ada lagi!
Maka, aku pun berkelana dengan satu tujuan:
MENCARI HAKIKAT PENCIPTAAN DIRI.


Kini,
aku dah dapat jawapannya.
Jawapan yang cukup memuaskan hati.
Jawapan yang amat menenangkan jiwa.
I'm more than just a teacher!
I'm more than just a good wife and mother!


"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan manusia)..." (Al-Baqarah: 143)

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Ali 'Imran: 110)



Selamanya,
selagi diri ini masih bernafas,
akan aku laksanakan tanggungjawab itu,
akan aku pikul amanah-Mu,
akan aku teruskan perjuanganku ini,
walau badai apa sekalipun yang melanda,
kerana aku tahu,
ITULAH HAKIKAT PENCIPTAAN DIRI INI...





"
Dan Dia mendapati engkau tercari-cari jalan yang benar, lalu Dia memberikan petunjuk." (Al-Duha: 7)




Saturday 15 September 2007

He (and his family) chose ISLAM . . .

A few days ago, saya ade sebut tentang Yusuf Estes. I know you guys boleh search kt Youtube, tapi di sini saya ada letak satu video yang menceritakan perjalanan beliau kepada nur Islam. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat drpd kisah beliau, Insya Allah. . .





Kita yang majoritinya memang sejak lahir sudah dipilih untuk bergelar Islam seharusnya bersyukur sebab kita tidak perlu melalui jalan yang sukar seperti yang telah dilalui oleh saudara-saudara baru kita. Allah dah pilih kita, so it's up to us to keep and hold it with all our hearts till the end, Insya Allah.



"Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya." (YUNUS: 100)

Thursday 13 September 2007

Sebelum dan Selepas

Semalam, sebelum saya nak melelapkan mata, saya tiba-tiba rasa macam ada 'serious internal conflicts' melanda diri. As such, saya pun try mencari bacaan yang boleh menenangkan gelodak di jiwa ni. I read Utusan Malaysia (online) and I came across this prominent figure: YUSUF ESTES (never knew him before). Tertarik dengan personaliti beliau sebagai seorang bekas paderi yang telah dipilih-Nya untuk dapat cahaya Islam, saya pun mula mencari maklumat lanjut tentang diri beliau. And then I came across this beautiful poem by him:


"Before & After - ISLAM"

- Poem by Yusuf Estes

  • I see now my quest in life had been in vain.
  • I desired pleasure and material gain.
  • For those around me, my goals were plain,
  • I tried to achieve them all without regard to pain.
  • I wanted the glitter and glamour this world provides.
  • I couldn't see the treasures that all this hide.
  • My 'Quest for wealth' - could never buy what I needed most.
  • My 'Search for fame' - was like trying to catch a ghost.
  • But when my prayers were for 'Guidance' from the 'One Above'.
  • I found success in 'Total Submission' to the Will of Him -- in Love.
  • I found all the riches, glory and happiness that one might require,
  • But most of all I discovered my real heart's desire.
  • I found the which is the secret of Life's Lease,
  • I found the One Who Gave all, when He gave me PEACE.
  • It finally came after all those years of trouble and strife
  • That to do "ISLAM" is the PURPOSE OF LIFE.

Terasa amat signifikan puisi yang ditulis oleh beliau terhadap diri saya. Beza antara kami cuma beliau seorang 'convert', saya seorang yang 'revert'.

Thank you Allah, for bringing me out from the meaningless life and for giving me the precious chance to know and love You more than ever . . .


"Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya memohonkan keampunan untukmu, supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang. Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (Al-Ahzab: 43)

Wednesday 12 September 2007

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH . . .

Suatu masa dulu, diri ini sentiasa mengeluh. Itu tak kena, ini tak kena, itu tak cukup, ini tak cukup. Mengapa hidupku tak sesempurna insan lain? Mengapa insan di sampingku yang sentiasa bernasib lebih baik? Mengapa dia yang dapat kerja yang kami apply bersama tu, why not me? Aku tolong dia dalam buat assignments, tapi kenapa markah aku lebih rendah daripada dia? Dan banyak lagi persoalan yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap nasib dan hidup diri ini. Namun, selepas sekian lama berfikir dan merenung kembali hakikat penciptaan diri, saya terus tersedar: betapa selama ini saya tidak bersyukur . . .

Aduhai diri...sebenarnya terlalu banyak nikmat yang telah Allah SWT kurniakan...Nikmat yang paling besar sekali ialah hidup dalam nafas Islam; bukan semua bertuah dan dipilih-Nya. The second nikmat is dijadikan sebagi makhluk yang paling sempurna ciptaan-Nya, iaitu manusia. Kalau nak dihitung nikmat-nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita sejak kita dalam kandungan ibu lagi, pasti kita pun lost count. Terlalu banyak!!! Dan syukur alhamdulillah, kita masih bernafas lagi sebagai seorang Islam sampai ke saat ini. . .

Allah SWT memang menghendaki kita supaya bersyukur atas setiap nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya. Antara ayat-ayat al-Qur'an yang mengingatkan kita tentang tuntutan bersyukur adalah:

  1. "Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku". (Al-Baqarah: 152)
  2. "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu sembah". (Al-Baqarah: 172)
  3. "Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang tertentu waktu-Nya. Sesiapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur". (Al-'Imran: 145)
  4. "Dan ingatlah juga , tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)
  5. ". . .Dan sesiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." (Al-Naml: 40)
  6. "Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya pada siang hari dan agar kamu bersyukur kepada-Nya." (Al-Qasas: 73)
  7. ". . . Dan sesiapa yang bersyukur kepada Allah, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang tidak bersyukur, maka Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman: 12)
  8. "Kerana itu, maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bersyukur." (Al-Zumar: 66)
Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an mengingatkan kita tentang syukur, tapi cukuplah dengan 8 ayat-ayat di atas yang saya rasa cukup jelas; clear-cut.


Banyak cara yang kita boleh lakukan untuk menzahirkan rasa bersyukur kita kepada-Nya, bukan terhad kepada mengucapkan Alhamdulillah saja. Kita boleh berinfaq, bantu kawan-kawan yang mengalami masalah (esp financial problems) dan banyak lagi. Just give freely tanpa mengharap balasan selain daripada balasan dan keredhaan-Nya. Dan jangan bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih daripada kita, tapi bandingkan dengan orang yang kurang beruntung daripada kita, supaya kita sentiasa bersyukur betapa diri kita bernasib lebih baik. At the other parts of the world, some people don't even have the chance to taste the food that we are eating everyday . . . or to sleep on a bed . . . or to know their parents . . . or to have whatever we have today.



Kita semua tahu itu, tapi fitrah manusia: kita selalu lupa:

". . . Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih." (Saba': 13)


Tuesday 11 September 2007

Hidupku...mulai saat itu hingga kini.

I know that my life will never be the same again. From the moment I knew the truth, the real truth, I know my journey, my life courses and my path will be harder and different compared with before. I can't wish to turn back time, to the time that I didn't know. What happened meant to happen. Que sera sera. What will be, will be. I am one of the chosen ones. I have to do what I now know. No turning back, never again!

Duhai Tuhan, betapa mencabarnya hidup ni...Hati yg selalu berubah2...dugaan dan nafsu yg menggoda, dtg tnpa henti. Susah kan nk jaga hati? No wonder hadis yg pertama pun bincangkan ttg niat, sbb niat tu pun dtg dr hati. Yg menentukan baik buruk setiap insan pun hati.Semoga hati ini sentiasa disinari dgn sinar mahmudah,ameen...

I really don't know what am I writing now, just feel like doing so. May Allah swt help and guide me in navigating my life and be consistent (istiqamah) in everything good that I've started, ameen...

c.i.n.t.a

Assalamu'alaikum...

Ntah kenape setelah sekian lama, baru terbit rasa nk menulis lagi. Before this, I was preoccupied with assignment that had taken my mental resources away.

Cinta...memang besh, memang indah...Tapi AWAS!! Kerana cinta tu buta (which we know and always know). Tapi kenapa ia buta? Well, speaking from my previous experience , it is blind for thousands of reason. Here I listed three of which I can think of:(honestly,saya dulu was one of thousands ys trsasar jugak =<)

  1. Kita tahu ape yg kita buat tu salah (eg. bermanja2,berdua2an etc), tapi, buta nya cinta itu kerana kita rasa selesa dgn ape yg kita buat tu, kita rasa aman & 'bahagia' jer...
  2. Kita tahu kita salah, tp utk sedapkan hati, kita butakan 'mata cinta' kita dgn menbandingkan ape yg kita buat adalah x se'tenat' mcm org lain buat (eg. zina, buang baby etc.)
  3. Kita rasa 'xpe' dgn ape yg kite buat, sbb kita still jaga tiang agama (solat 5 waktu) n berpuasa (siap terawikh lg).

So, utk mencelikkan kembali cinta yg buta ikut nafsu, berikan sepasang mata baru kpd cinta kita, iaitu mata IMAN & TAQWA..Cinta kepada & kerana Allah swt & RasulNya, Insya Allah,cinta kita xkan buta,dan kita dpt menahan diri kita drpd panahan cinta bernafsu.Jadi, sama2lah kita mantapkan IMAN & TAQWA kita agar cinta kita tak tersasar drpd cinta yg hakiki & abadi...

Bercintalah dlm cara yg dihalalkan (kahwin).Mmg susah,tp ingat, Allah swt akan menolong org yg berusaha memperbaik diri krn-Nya, Insya Allah...

The Earth and Her Khalifah

Everybody knows that the earth is facing climate change problem, but is everybody doing something to help her?