Monday 31 March 2008

Perkahwinan

Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir
(30: 21)


Assalamu'alaikum wbt . . .

Agak lama juga saya telah membiarkan blog saya ni tidak berusik. Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk membina semula kekuatan hati agar dapat menulis dari hati yang bersih...

Perkahwinan...ia mungkin suatu topik yang agak biasa dan lapuk bagi beberapa pihak. Tapi tak apa lah, saya cuma ingin mengurangkan beban di hati ini, walau saya tahu saya mampu hadapinya, Insya Allah...amin.
(Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...2:286).


Perkahwinan amat dituntut dalam Islam. Banyak kelebihannya...
  • Mengelakkan/menjauhkan daripada zina
  • Menjaga nasab
  • Menyalurkan fitrah manusia dengan cara yang diredhai-Nya
  • Meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w
  • Memudahkan pengumpulan pahala yang banyak
  • dan banyak lagi....
Namun, zaman sekarang, kebanyakan ibu bapa zaman sekarang berfikiran jumud dalam isu ini. Keperluan materialistik dijadikan syarat dan ukuran dalam pembinaan Baitul Muslim. Contohnya:

"Ma, abah, saya nak bincang something yang serius ni..."
"Cakaplah. Kita bincang sama-sama."
"Ma, abah, saya nak kahwin. Bukan sebab saya ni 'miang' atau 'gatal', tapi saya dah bersedia untuk melangkah ke alam yang baru dalam hidup ni. Lagipun saya nak jaga diri saya dari benda-benda yang tak elok. Boleh tak?"
"Hish kamu ni...belajar la sampai habis dulu. Dapatkan degree dulu! Kerja dulu, kumpul duit! Beli kereta dan rumah dulu. Jangan fikir tentang kahwin lagi. Tunggula dua tiga tahun lagi, bila kamu dah stabil semuanya. Fikir la macam mana nak balas jasa ma dan abah dulu..."

That is the typical response from most of parents nowadays. One of globalization effects, I think. Anak yang ingin menjaga diri daripada fitnah hati dan zina tidak dibenarkan berbuat demikian semata-mata atas satu alasan: HARTA. For me, it is the weakest and most illogical reason for parents not to let their sons/daughters to get married.

Sesungguhnya pemberian harta, yakni rezeki, adalah milik mutlak Allah swt. Even if we wait for 10 years to stabilize our carrier and have hundreds of thousands ringgit, a big house and a posh car, we won't have them all if Allah doesn't allow us to. Tunggu la sampai 25 tahun sekalipun, jika Allah masih tidak mengizinkan kita untuk memiliki harta yang banyak, kita tetap tidak akan memilikinya. Dan jika Allah mengizinkan kita menjadi kaya raya, kita tak perlu menunggu bertahun-tahun, kita akan kaya. Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan-Nya, not even time and money/carreer. Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman (39: 52).

Pembalasan jasa kepada orang tua kita sememangnya tidak akan pernah cukup/equal walau apa pun yang kita lakukan kerana pengorbanan mereka amatlah besar, hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Namun demikian, tidak adillah jika ini dijadikan alasan untuk tidak membenarkan anak-anak membina Baitul Muslim. For me, marriage will make us appreciate our parents more because then we will realize how hard it is to be a wife/husband and a mother/father at a same time. Thus we will do everything in our power to help our beloved parents, Insya Allah. Pembalasan jasa kepada ibu bapa tidak pernah dan tidak akan berhenti walaupun anak-anak telah berkahwin, kerana ia suatu tanggungjawab anak yang tidak akan berhenti walau ibu bapa telah kembali menemui Allah swt. Ia tanggungjawab kita, sampai kita juga kembali kepada Allah. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh dan solehah yang berterusan itu lebih bererti daripada nilai wang. Kalau bagi RM 10 000 setiap bulan, tapi apabila ibu bapa dijemput oleh panggilan Ilahi, dan tiada doa disedekahkan selepas itu untuk mereka, apa gunanya?

Perkahwinan dikatakan menyempurnakan sebahagian daripada iman (tapi niat berkahwin mestilah kerana Allah swt semata-mata ;p). Hal ini kerana apabila sesorang yang telah berkahwin, hatinya akan berasa tenang kerana hidup lebih diberkati Allah swt. Hati menjadi bersih daripada noda-noda fitnah dan bisikan syaitan yang mengajak untuk menghampiri zina, seterusnya melahirkan keimanan yang lebih sempurna. Janganlah kesucian perkahwinan ini diukur dengan nilai materialistik duniawi yang belum menjamin kita ke jalan yang diredhai-Nya.

Wa'allhu'alam.

2 comments:

Qalam Fajr said...

semoga dipermudahkan urusan mu ukhti. ^__^

sy mendoakan awak..always...!

Mardihah said...

hmmm....menarik juga ya ulasan ini...semoga senang dalam kita membina urusan keindahan dalam perhubungan ini..insyaAllah...berbincang dengan yg baik dan memahami kehendak naluri perkahwinan kerana Allah dan RasulNya.InsyaAllah akan diberkati.Amein