Wednesday 5 March 2008

Birthday oh birthday . . .

Happy birthday! Happy bornday! Hepi besday! dan yang sinonim dengannya akan kita terima pada tarikh yang sama setiap tahun hingga akhir hayat (or if we are well-known, maybe even after we died!). Birthday is always fun and make us happy.

Kini saya sudah pun berumur 22 tahun. Dah tua... Cepat je masa berlalu. For my birthday this year, I don't really celebrate it. Ia cuma hari yang menandakan umur saya sudah genap 22 (or 23, 24 and so on).



For my birthday this year, I have treated myself with a deep reflection on birthday celebration. Dua persoalan timbul di benak fikiran saya: 1) Is there such thing as birthday celebration in Islam? 2) Cara yang bagaimana sepatutnya kita sambut hari yang dianggap istimewa oleh majoriti manusia?

Untuk soalan yang pertama, saya tak berapa pasti sebab ilmu dan pengetahuan saya tentang Islam masih cetek lagi. But, as far as I know and from my limited readings, I have never come across any birthday celebration celebrated by our previous prophets. Setahu saya, even Nabi Muhammad s.a.w. pun tak sambut hari lahir baginda. Entah la.. I am still blur regarding this matter. More reading needed, Syafwah!! Hoho.

Soalan kedua pula...sekali lagi, saya ni masih jahil lagi, huhu.. But I'll make comments based on my limited knowledge. I think, birthday celebration is, I think may be (stress di sini: MAYBE-sbb tak sure) bid'ah (yang kecil). So, to ensure that our birthday celebration doesn't fall into the 'bad' bid'ah category, certain guidelines must be adhered. Contohnya, jangan membazir, tiada pergaulan bebas, bersederhana dan sebagainya. Apa yang penting, kita tidak melanggar batas-batas syariat dan niat meraikan adalah kerana Allah swt. For instance, janganlah buat sambutan sebab nak dapat ucapan dan hadiah daripada rakan taulan, tapi buatlah kerana nak melahirkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana kita dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan dan kesempurnaan hidup. I believe all Muslims know the syariah requirements/guidelines, it just whether we want to obey them or not.

When I reflect again and again about this birthday thinggy, I personally believe that we shouldn't be too happy when it's our birthday. Makin berusia, makin dekatlah dengan 'gua' sempit dan gelap tu (or spacious and bright if we did the right things when we were alive). Sebaik-baiknya, kita renungkan kembali perjalanan hidup kita sebelum itu. Selama bertahun-tahun kita menghuni tubuh pinjaman ini, agak-agak apa yang telah kita sumbangkan untuk kemashalatan agama, umat dan keluarga? Adakah sepanjang kita hidup ini kita hanya pentingkan keseronokan duniawi semata-mata? Long hours of movies, games, sleep, and music, but few hours of worshipping and remembering The One? Hurm . . .

Jika birthday Nabi Muhammmad saw kita sambut dengan memperbanyakkan selawat, mungkin untuk birthday kita, kita banyakkan bersedekah dan beristighfar. Sedekah untuk lahirkan kesyukuran, istighfar untuk lahirkan keinsafan. Janganlah pula pada hari kelahiran kita, kita sambut dengan membuat lebih banyak dosa daripada hari-hari biasa dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melunturkan iman.

Anyway, for this year birthday, I pray to Allah swt for strength, wisdom and patience to face everything that He has planned for me, amiin ...
Alhamdulillah, I can never thank You enough...



P/S: I bake cake for my friends' birthday, and
for my birthday, I have to bake my own!
How fair is that? Hihiii... (' ',)

4 comments:

Anonymous said...

A good reminder.. lagi-lagi dengan maulidur rasul next thursday:-)
jzkk syafwah for the useful reflection.

Anonymous said...

Rasulullah SAW menyambut tarikh lahirnya atau tidak? hehe.. Sejujurnya saya tidak tahu.. tapi saya masih ingat kisah sahabat yang menanyakan mengapa engkau berpuasa pada hari isnin maka Baginda SAW menjawab, bahawa hari isnin merupakan hari Aku dilahirkan.. Kerana menghormati hari kelahirannya disunatkan puasa pada hari isnin..

Bid'ah.. apakah itu bid'ah.. tak perlu saya jawab.. yang penting hakikatnya, segala sesuatu itu boleh kecuali jika ada dalil yang melarangnya.. kita boleh berpuasa.. tapi Rasulullah SAW melarang puasa tanpa berbuka.. Kita boleh solat malam tapi rasulullah SAW larang kita untuk tidak tidur.. begitulah seterusnya.. dan bid'ah adalah hal-hal baru yang dijadikan ibadah..

Bagi saya menyambut hari lahir adalah perlu bahkan sangat perlu jika ia berfungsi sebagai ruang muhasabah diri.. ruang memperbaharui iman.. ruang meningkatkan syukur.. ruang menjalin ukhwah.. ruang membuat amal sholeh.. ruang berbakti kepada orang tua.. rauang berkhidmat pada masyarakat..

maka dengan itu juga saya sangat menentang sambutan hari jadi yang merosak iman.. meruntuhkan akhlak.. menumpahkan darah.. menghancurkan akal.. membazirkan duit dan makanan.. melanggar hukum syara'..

Apa yang penting.. bagi seorang muslim kita dituntut untuk selalu mengingat mati.. maka sebagaimana yang telah dituliskan.. ulang tahun bukan suatu yang membanggakan malah suatu yang menyedihkan.. berapa usia yang telah pergi sedang amalan masih tak seberapa..

Sambutlah hari lahir dengan sedih keinsafan dan kesyukuran atas ni'mat usia yang diberikan.. Puasalah untuk mengenang dosa dan menginsafi diri.. berbukalah dengan jamuan yang sedap tanda syukur dan motivasi..

Jika anda telah berjuang bersungguh-sungguh selama setahun yang lalu.. mengapa tidak untuk sedikit menghadiahkan diri dengan makanan yang sedikit istimewa sebagai motivasi..

Sekadar luahan minda.. Jika salah tolong betulkan..

Selamat Hari Lahir Sahabatku.. semoga Allah sentiasa melindungimu, melimpahkan rahmatnya padamu, memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.. panjangkanlah usianya dan murahkanlah rezekinya..

~taqeyyabella~

Mardihah said...

erm,,,,satu peringatan juga untuk diri, trimas..anyway, selamat hari lahir ke 22 ya....tak terlewat rasa ya...

nak hadiah tak? ucapan moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati ILahi///amin

Anonymous said...

maybe u have to bake ur own cake because nobody can bake as good as u.. so rasa inferior nk bake.. ahah.. miss ur moist choc cake.. still x try, terlalu complex.. hehe