Thursday 25 October 2007

Pengharapan Agung



Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu? Yang memberatkan tanggunganmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap. (Al-Inshirah: 1-8)


Assalamu'alaikum semua...


Maaflah bagi sesiapa yang menanti penulisan saya yang terbaru. Kekeringan idea, kekusutan fikiran, kelemahan iman & kekacauan duniawi melanda. Namun, Alhamdulillah, Dia masih mengurniakan saya kekuatan & will power to pull myself back together again, Alhamdulillah...

Ok..now, how should I start? Cam diari lah ekk..senang sket..


7hb Oktober 2007
Hati ni terasa tak keruan sangat sebab parents kat Malaysia tak pos lagi barang/baju raya. Kawan-kawan lain semua dah gembira dengan parcel Malaysia diorang. Diri ni hanya boleh menumpang gembira. Dalam hati, rasa cemburu menikam..ai..when is mine will be with me???


9hb Oktober 2007
Panggilan dibuat kepada ibu tersayang. Barang baru dipos hari ni. Harap-harap sampai la sebelum raya...


12hb Oktober 2007
Hari ni hari Raya Aidilfitri. Kelas sampai petang pula tu. Barang tak sampai lagi. Sedih, tapi tak layan sangat sebab tak mengeruhkan hari yang mulia ni. So penantian diteruskan dengan sabar dan kerisauan yang sarat.


15 hb Oktober 2007
Parcel ke Malaysia dihantar kepada seseorang. Dah janji, jadi perlu ditepati. Risau juga barang tersebut tak sampai kepada penerimanya sebab barang yang dihantar sangat berharga. Namun, segalanya diserah pada Yang Esa.


23hb Oktober 2007
Hati ni dah tak tertanggung derita menanti. Banyak benda yang ditunggu masih lagi ditunggu (parcel raya, peti ais rumah dan 2 barang yang dibeli online). Hati berdoa bersungguh-sungguh pd-Nya, mengharap hati ini ditenangkan oleh-Nya yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hamba-Nya. Diserahkan & dicurahkan segala-segalanya pada-Nya. Sungguh, hanya Dia mengetahui betapa saya tidak suka menunggu.

Kemudian , ketika tengah sibuk menghadap laptop, terdengar bunyi lori di depan rumah. Alhamdulillah! Peti ais rumah baru dah sampai! And it is big! Hati sangat gembira.Kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Tiba-tiba, terdetik di hati ingin menjenguk Porter's Lodge, kot-kot la barang yang ditunggu dah sampai. Dan Alhamdulillah sekali lagi, semua barang dah sampai. Penuh tangan mengangkat semuanya. Syukur sungguh pada-Nya yang Maha Pengasih.


25hb Oktober 2007
Barang yang dihantar ke Malaysia masih tidak kunjung tiba. Hati risau, tapi, sekali lagi, diserahkan segalanya pada Allah swt. Hati ini tak henti-henti berdoa agar ia selamat sampai kepada penerimanya. 5 jam kemudian, SMS diterima daripada penerima di Malaysia, memberitahu barang tersebut sudah sampai di Pejabat Pos daerah. Hati ini mengucapkan syukur pada-Nya, syukur yang tak terhingga...
Alhamdulillah....
________________________________________________________________________________________

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman menunggu ini. Mungkin bagi sesetengah pihak, they view this as coincidence. But for me, this amazing experience of waiting teaches a lot of meaningful lessons, which are:
  1. Bersabar dengan segala ujian dan cabaran. Ujian adalah cara Allah untuk mengajar kita hidup di muka bumi ini dan untuk membaiki diri menjadi yang lebih baik.
  2. Pasrah @ redha dengan segala ketentuan-Nya, because He who knows everything, knows what is best for you. Setiap apa yang terjadi pada diri kita, be it happy and sad things, they are the best for us. Jadi jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain yang pada mata kasar kita lebih beruntung/bernasib baik.
  3. Pengharapan hanyalah pada-Nya yang lebih berkuasa. Kuasa-Nya mengatasi segala-galanya, contoh dlm kes saya, Kuasa-Nya lebih dari kuasa strike dan posmen.

Antara tiga pengajaran di atas, yang paling berkesan di hati saya ialah yang ketiga. Sungguh, hidup ini, kita seharusnya mengharap kepada-Nya. At most of times, kita mungkin tak sedar di mana kita letakkan pengharapan kita, mungkin pada cleaner, posmen, pensyarah dsb. Mari sama-sama pastikan pengharapan agung kita dalam setiap aspek kehidupan bermula dari mata celik hingga pejam buat selama-lamanya; adalah pada ALLAH SWT. So, selalulah beringat dan muhasabah setiap masa, bukan hanya sebelum tidur sahaja...

4 comments:

Anonymous said...

i love this entry. I just experienced something today which is similar to your experience. And masa tu, terus sedar perancangan dan ketentuan Allah memang hebat.
Jzkk:-)

awan said...

dush...
baik..dissy insha Allah, Dia akan permudahkan..

senang hati bila baca entry ni..seakan dikejutkan dari lamunan panjang y membazirkan masa.

jazakillah

Anonymous said...

Dalil di atas itu sedikit berbeza dari sumber ana.. Pada ayat kelima itu:

"Sesungguhnya DALAM kesusahan itu ada kemudahan."

Kita sememangnya belajar drpd kesusahan untuk mndpt kesenangan.

Wallahu'alam.

And Allah know the best.

.:. Syafwah .:. said...

HoOo... x tau la mana maksud yang paling tepat. Saya pun tak pandai bahasa Arab, jd saya ikut terjemahan daripada dua sumber yang berlainan, tp maksud yang sama. Walau apapun, pengajaran daripada ayat tu lebih penting.

Wallahu'alam