Tuesday, 4 December 2007

Resipi Hari Ini

Assalamu'alaikum...

Dalam penulisan kali ini, saya nak share satu ilmu yang berguna, iaitu resipi yang sangat mudah, tapi amat lazat lagi menyelerakan (macam iklan adabi pulak, ;p). Saya memang suka memasak, jadi rasa seronok kalau dapat share ilmu ni dengan siapa-siapa yang sudi.

I was so hungry and this vision of a nice, hot and creamy mushroom soup kept flashing in my mind. Tapi tak pandai buat, jadi google kan la... Memang ape yang akan di share ni adalah dari internet, tapi it is proven fool-proof by by. Saya sertakan resipi nya di sini. Tak ade lah tiru resipi tu exactly, I have altered some.


Creamy Chicken & Mushroom Soup

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih - cincang/chopped finely
Sebiji bawang besar - cincang juga
1/4 cawan butter
2 sudu besar minyak zaitun - optional
5 - 7 biji cendawan - apa-apa jenis & lebih pun xpe, I just use the cheap, normal white mushroom, potong kiub
3 - 5 sudu besar tepung gandum
2 kiub pati ayam
1 cawan susu - boleh juga campur 1/2 cwn susu + 1/2 cwn cream

Cara-cara membuat
  1. Panaskan periuk. Kemudian, masukkan butter dan kacau sampai cair.
  2. Bila butter dah cair dan panas, tumis bawang putih, bawang besar dan cendawan selama 5 minit. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan 3 - 5 minit.
  3. Masukkan tepung dan kacau. Tekstur campuran bahan-bahan tumis dan tepung mesti pekat, tambah tepung jika perlu.
  4. Masukkan kiub ayam. Kacau dan pastikan kiub hancur/larut. Tutup periuk dan biar lagi untuk beberapa minit (jangan sampai hangus pula)
  5. Tambah lebih kurang 1 liter air. Kacau sampai sebati. Biarkan masak (jadi pekat & mula mendidih) atas api kecil.
  6. Apabila sup dah nak mendidih, masukkan susu dan kacau sebati. Tambah lada hitam jika suka. Garam rasanya tak payah sebab kiub ayam & butter dah bagi rasa masin.
  7. Tutup periuk, biarkan 5 minit, dan tutup api.
  8. Boleh la ambil mangkuk, sudu dan senduk, dan mula menjamu selera!Makan dengan garlic bread pun ok jugak.
(Boleh jamu 3-5 orang, sebab resipi ni untuk satu periuk sederhana.Tapi boleh je kalau nak makan sorang-sorang, keep the leftover in the freezer, not fridge and panaskan bila nak makan - a great meal to share time usrah)


Haa...boleh la cuba. Memasak ni seronok, dan kita tak boleh rely 100% on recipes (sebab resipi pun ditulis atas anggaran, tak tepat 100% - no pure maths in most of cooking). For me, bila masak tu, follow and trust your instinct and tongue. Insya Allah kalau cuba & buat dengan penuh kasih sayang, sup ni akan sedap.

Lepas ni, tak payah dah beli sup cendawan dalam tin, jimat duit. Bolehlah sparekan duit nak beli sup dalam tin atau sup segera untuk diinfakkan, hihi ;p