Baru-baru ini saya amat merindukan lagu Damba Cinta-Mu, dinyanyikan oleh Raihan. Lagu itu lagu lama kumpulan tersebut, I think 9 to 10 years ago. Di sini saya nak share lirik lagu tu..Amat bermaksa & berkesan di hati jika diselami & dihayati bersungguh-sungguh liriknya...
Damba Cinta-Mu by Raihan
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba-Mu
Ku sering melanggar larangan-Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhan-Mu
Walau sedar aku milik-Mu
Bilakah diri inikan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dari-Mu
Kusering berjanji depan-Mu
Sering juaku memungkiri
Kupernah menangis kerana-Mu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hamba-Mu
Selangkahku kepada-Mu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Kutakut kepada-Mu
Kuharap jua pada-Mu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Pilu & sedih setiap kali mendengar lagu ni..Teringat dosa-dosa yang banyak umpama dendaun & pepasir di bumi ni.. Ya Allah, ampunkanlah aku ... (*_*)
No comments:
Post a Comment